Saturday, December 29, 2012

kajang #keluarga.

assalamualaikum.




aku balik kajang, uma pakcik.
and guess what ?
aku selesa.
aku suka.
aku gembira,


sebab hanya kat kajang,
aku nampak sebuah keluarga.
keluarga yang lengkap.
ada mak, ada ayah.
ada adik beradik yang supportive.


yes,
aku hanya dapat ''keluarga'' di kajang.
kajang is everything for me rite now.


bukan nak kata aku tak suka family aku sendiri.
aku sayang.
ye,aku cinta,
tapi...
family aku tak mcm dulu.


mak dah takde.
abah selalu sakit.
along busy dgn family sendiri.
angah busy kerja.
aku ? busy study.
masing2 ada tugas, ade tanggungjawab.



kalau mak msh ada,
aku janji aku tak balik kajang,
aku janji aku tak balik seremban.
aku janji aku takkan ada mak angkat.
aku janji aku akan balik segamat selalu.
aku janji aku akan call mak selalu.
aku janji, utk ada dgn mak selalu.
aku janji, akan dengar cakap mak.
aku janji, takkan kecewakan mak.
aku janji kalau aku sedih,aku cari mak dulu,bukan kawan2.
aku janji.
aku janji.



tapi sayang.
mak pergi sebelum sempat tengok aku masuk universiti.
sebelum tengok aku dapat asasi undang2.
sebelum tengok aku kecewa tak dapat further in law degree.
sebelum tengok aku tukar kos kpd health admin.
sebelum aku grad.
sebelum aku kawin.
sebelum,sebelum and sebelum.


aku rindu mak.
rindu nak dengar mak cakap:
''takpe, adik buat sungguh2, blaja pandai2,dapat A banyak2,dapat number 1'' - mak



aku rindu.
terlalu rindu.
tiap malam aku menangis.
sebab aku rindu.



mak, walau mak takde.
adik tahu mak nampak adik.
adik nak mak tahu,
ADIK SANGAT2 RINDU MAK, SAYANG MAK.
TERIMA KASIH MAK.
SEBAB JADI MAK YG TERBAIK BUAT ADIK.
SEBAB BESARKAN ADIK.
MAK TETAP SATU-SATUNYA MAK ADIK.
ADIK JANJI. :')


*kajang buat aku rasa mak masih ada :)

Sunday, November 18, 2012

hentam menghentam

assalamualaikum.



hey, utk apa kau menghentam jika kau tak bersalah ?
kau terasa ?
alahai, siapa makan cili dia yang terasa pedas.
kau marah ?
tapi kenapa?



kau rasa tak adil?
iya ke?
kau rasa tergugat ?
sebab apa?


hey, kau kena tahu
status itu status aku.
akaun muka buku itu, akaun aku.
jadi kenapa perlu menghentam status aku?
hak bersuara hak aku ! hahaha




kau melenting sebab status aku?
oh my ! nampak sangat.
nampak sangat, kau lah lelaki otak sempit itu.
pantas betul kau mengaku diri kau.



manusia.
sibuk dengan hak privasi manusia yg lain.
walau aku tak mensi. walau aku tak tag.
mereka terasa sendiri.
alamak. sensitifnya ! :P



apa yg aku taip,
apa yg aku luahkan,
apa yg aku post,
itu hak aku.
so? biarkan.



manusia, kau perlu tahu apa beza antara memberi pendapat dan menghentam.

Wednesday, November 7, 2012

saya tak boleh hidup tanpa awak

assalamualaikum.


hye guys, sorry. blok berhabuk
*tiup2 sikit* hehe


tajuk kat ats tu, common tak?


dulu, masa aku masih lagi jahil,
selalu aku cakap ayat tu kat ex2 aku.
''saya tak boleh hidup tanpa awak''
sounds like fool,isn't it?


bila sekarang dah besar,
dah lalu proses kehidupan,
dah tahu erti dewasa and matang,
baru aku tahu.
ayat tu tak sepatutnya keluar drpd mulut aku.


kepada semua pembaca,
kita kena ingat,
walau kita hilang kekasih, keluarga,kawan atau apa2 jua yg kita sayang,
Allah tu masih ada.
Dia selalu tgk kita.
selalu ada untuk kita.


sebab tu, semakin kita besar,
semakin kita dewasa,
kita kena belajar tentang islam.
*bagi yg Islam*
bagi yg bukan islam,terpulang pada agama masing2.



tak guna harap pada manusia yg takleh buat apa2.
manusia takde kuasa.
hati kita,Allah yg pegang , Allah yg kawal.
klau Allah kata cinta kita pada si A,maka A lah yg dpat cinta kita.
klau B, B lah yg dapat.



semuanya milik Allah,
kita cuma pinjam sahaja.
zaman skrg,aku tgk,ramai remaja jahil mcm aku yg dulu.


bagi yg berubah bila diorang dah besar, it is good enough.
bg yang tak tu ?
yg smpai sekarang duk guna kata2 yg sama ?
haishh, please. change yourself.
open your eyes.
make Islam as your way of life.
Islam is beautiful.
it can lead you to the right path in your life.


Allah terangkan segalanya dlm Islam ni.
baik dri segi kawin, berkawan, berniaga, kehidupan, keluarga,
semua ada.
lengkap dalam 1 pakej !
apa pakejnya ?
ISLAM ! :)


perkataan ''saya tak boleh hidup tanpa awak'',
menunjukkan seolah2 kita dah takde Allah.
seolah2 kita takde org lain dlm hidup selain dia.
seolah2, kita sendirian dlm dunia ini


hey,wake up guys.
who delivered you into this world ?
==== your mother
who feed you since you're born till now?
==== your father
who protect you when you had been bullied at school?
==== your elder siblings.
who are there during your up and down at hostel or college ?
==== your friends.
who teach you from zero till you have something to use in your life ?
==== your teachers.


boyfriend / girlfriend ?
who are they ?
the one who give you love?
yes, it is.
but they are not everything.
if they wanna leave you, let him/her go.
why ?
because there still another one who is better for you.
everyone has their own soulmate.
insyaAllah,one day,you will find the right one.
just only for you.
yes, for you.


so?
kalau kita ditinggalkan orang,
just senyum.
jangan guna ayat kat atas tu.
nampak sangat desperate nye.
cuba sabarkan hati.
then percaya pada jodoh yg Allah tentukan.
Allah akan datangkan jodoh tu pada kita bila tiba masanya.


chill babe.
Allah's words is always true.
He never lie to you.
He knows what is the best for His servants.


Sunday, October 28, 2012

learning.

assalamualaikum.


hye guys.
sorry for the delay.
nowadays, i'm too busy with quizzes,tests,homeworks,cocurriculum and hostel.
ahhh~ tired !


plus, i'm working rite.
part timer at mini mart in uitm.
salary is just fine.
i've been paid by hour.
have 2 shifts : morning (9 am - 4 pm)
evening (4 pm - 11 pm)

i always took evening shift.
it is because, i'm not a morning person. hiheww.

now, lets take a look at my picture.
as an evidence that i'm not lying okay ! :P


*in this mart,there are no specific work for specific worker.we need to know every single thing : tag the price,arrange the stocks and handle money (cashier)*

*this is me : CURI TULANG. hihi.*

this is the process of learning. i have to learn how to get money.
so that, i will not be such a money-wasted girl.

then, i go to setia city mall.
search for something.
i dont know what is the ''something'' is.
hahaha. *actually i dont know what to buy at that time.
i got my ptptn, but i dont know what to do with the money.
my friends bought new handphone, new laptop, new watch, new clothes. new motorcycle.
me? NOTHING.
so, i spent that money for movie : SINISTER.
sinister is the best movie ever !
i watched it with iqa.
she got scared and jump from the chair. hahaha

i also bought shoes and bag from RUBY :)
i got discount ! yeayhh.
here the things are :


*one bag, one gold sandal and one brown shoes*

if there is no discount, the actual price for this three things is rm232.
but after discount, i only got rm35 !
yes, this is real. :D


lets take a look one by one.


*the actual price is rm124. but after discount, rm15 only *




*actual price is rm79. after discount : rm15 *


*actual price is rm29 . after discount : rm5 *




this is also call as learning.
learn how to spent money on worthy things.
have standard but the price is cheap. hihihi.
i'm sure that just a few girl can go shopping like me. :P


next post, i will also update about *learning*
:) during degree, i have to learn as much as i can.







Saturday, October 6, 2012

my heart beat :)

assalamualaikum.


dear mum,
it was almost 3 years since you passed away.
and yet, i'm still loving you.
still missing you.


i hope that u will enter to jannah.
insyaAllah,aamiin~


when i have problems, i always need you.
i want you to hug me, kiss me and even comfort me.
yes, i'm still a little girl who always crying when others hurt me.
nowadays, world are seems cruel to me.
people didn't treat me well.
family are miles away from me.
bestfriends have their own path right now.



mum, how are you there?
is it okay?
may you rest in peace mum.

you will always here,in my heart.
you will stay as my heart beat FOREVER.
no one can replace you.
even i have a few adopt mums.
but they will never be the same like you.



you are MY ONLY ONE.
ONLY ONE.
I LOVE YOU MAK.


sincerely,adik :'')

Friday, August 31, 2012

jealous.

assalamaualaikum.



rasa gembira bila tgk ada akak2 and abang2 senior yg dah nak kawin.
tambah gembira lagi bila tgk kawan2 aku naik pelamin.
rasa mcm syok je kan ?


aku ni?
bilalah lagi kan. huhu
mengharap bulan jatuh ke riba.
tapi,mungkin jugak bakal suami aku tengah usaha keras utk aku.
hihi. *perasan kejap* :P


jealous sebenarnya bila ramai org sekeliling dah jumpa soulmate.
aku jugak yg masih tertanya2 mana lah soulmate aku skrg ni.
sihat ke dia?
happy ke dia?
awakkk. cepat2lah datang minang saya.
jadi imam saya.
guide saya .
and saya akan jadi yg terbaik utk awak.


awak pon skrg msti tengah tertanya2 kan siapa wife awk nnti?
tapi,siapa pon awak, saya terima seadanya okay.


cepat2 dtg tau.
saya jealous tgk mereka semua. ==''
so,awk kne minang saya jugak. hihi.
tapi,let me finish my degree and master 1st. :P

Thursday, August 16, 2012

selamat hari raya ! raya ! raya !

assalamualaikum.


hari raya adalah hari menyambut kemenangan.
kita menang setelah sebulan berpuasa. :)
kita menang melawan nafsu.
kita menang menahan marah, memupuk sabar.
kita menang dalam melalui dugaan2 yg hebat.
kita menang dlm segalanya.


dan kita digalakkan menyambut hari kemenangan ni dgn perasaan gembira.
yelah. gembira itu perlu apabila menang.
pulak tu disambut bersama family yg tercinta.
bersama kawan2 tersayang. mahupun bersama kekasih yg dikasihi.


berserta dgn baju raya yg berwarna warni,
kasut yg mungkin ber blink2, bertumit tinggi.
tudung berlilit, bermacam gaya.
beg2 yg hebat, berkilau.


konklusinya, segalanya superb meriah bukan?
ya, itu raya yg biasa. raya yg semua org alami.
tapi jgn lupa.
ada kelompok kecil yg mngkin tak sebegtu indah rayanya.
dan sebab itu, kita patot bersedekah kpd mereka.
kerana mereka juga berhak beraya dan bergembira.


dihari raya, meminta maaf dan memberi maaf adalah fenomena biasa.
yg muda bersalam dgn yg tua.
yg tua memberikan duit raya. wahh, indah sungguh perayaan kita ni kan?
bangga menjadi umat islam, mnjadi masyarakat melayu yg penuh dgn adat.
menjadi sebahagian drpd rakyat msia yg penuh dgn kemesraan.


maka, berbanggalah kamu menjadi diri kamu.
setiap mnusia itu istimewa.
Allah ciptakan kelebihan dan kekurangan agar kia saling melegkapi.
alhamdulilah~ kita masih mampu berjumpa dgn ramadhan.
dan bersyukurlah kerana kita juga masih mampu menyambut raya.



dihari raya,
pastikan diri masih terjaga.
mercun dumdam-dumdam tu jangan main klau rasa perisai tak ckup kukuh.
balik kg, servis kereta. jangan laju2. takkan lari kampung tu.
mintak maaf pada semua org. bergembira walau apa yg terjadi.


semoga keindahan ini milik kita semua.
insyaAllah~

Wednesday, August 8, 2012

ketenangan.

assalamualaikum.



sekian lama.
aku jumpa jugak tenang tu dimana.

betul kata ustaz.
kita akan tenang bila baca kalam Allah.

sekarang,aku dampingkan Al-quran dgn aku.
aku baca apa yg Allah kata.
aku try selami apa yg Allah nak smpaikan pd manusia mcm aku.


terkadang aku rasa resah kembali,
yasin aku amik.
kata ustaz,ustazah and makcik ngaji,
''YASIN ITU HATI AL-QURAN. KALAU TAK TENANG,BACA SEDIH,BACA. NAK LULUS PERIKSA,BACA. NAK ITU,NAK INI, BACA YASIN.''


ye,itu yg aku buat skrg.
kehilangan lelaki yg aku cinta buat aku mcm ni.
makin dekat dgn Allah.
makin dekat dgn Al-quran.


ini tak tipu.
ini benar.
memang patut Allah amik dia drpd aku.
sbb aku lebihkan cnta manusia drpd Allah.
aku lalai, aku lupa.
masyaAllah.


indah betul kasih syg Allah.
sampai aku rasa, dunia sedang memotivasikan diri aku.


guys,kalau korang sedih,
dibuang family, ditinggal kekasih, bercerai laki bini,
kematian kawan atau apa jua yg datang,
ingat.
balik semula pada Allah.
Dia tahu apa yg terbaik buat hambaNya.


Allah sentiasa ada utk kita.
mungkin lambat kita nak bangkit semula.
kita boleh je pakai bomoh atau kuasa lain utk pulihkan diri kita.
tapi bak kata akak ipar aku
''sampai bila nak bergantung dgn manusia? manusia boleh mati. lagipon,efeknye sekejap je''


haaa, kan?
nampak tak?
kalau kita mntak tlg dgn Allah, aku mengaku.
lambat sikit kita nak bangkit semuLa.
but at least,kebangkitan kita tu akan kekal lama.
kerana bersandarkan pada Allah.



kawan2,
jangan lari drpd Allah.
sbb kelak korang akan rugi.
ketenangan hanya ada apabila kita ingat pada Allah. :')


#mintak lah pada Allah.Dia sentiasa mendengar. tidak mengantuk. tidak tidur. dan tidak mati.

Thursday, August 2, 2012

yg indah

assalamualaikum.


maka sesungguhnya,ciptaan Allah itu indah.

maka pandang lah langit
pandang lah tumbuhan.
pandanglah malam yg berbintang.
kau akan merasa tenang.


Allah tidak mencipta bumi ini utk yg sia2.


bila hati terluka, ubatnya hanya 1.
ciptaan Allah yg indah.
iaitu ''alam semesta'' :)

Tuesday, July 31, 2012

Maha Membantu.

assalamualaikum.




‎''maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan''- surah al-syarh : ayat 5

p/s: maka bersabarlah. Allah pasti membantu.
cepat atau lmbat,Dia tetap akan membantu. :')



*Allah sayang kita. Dia tak penah tinggal kita.
Selalu Dia ingatkan kita supaya bersabar dgn apa yg jadi.
Sebab dia nak bagi yg lagi baik.
so, kita senyum je yaya. kita ketawa. kita duduk diam2.
tadah tangan dan Allah akan bagi. for sure.
trust Him :')

Wednesday, July 25, 2012

housemate baru di rumah sewaaa XD

assalamualaikum.


hye,hye,.
memandangkan nanti degree aku tak dapat kolej,
so i have to rent a house.


aku jumpa dah.
apartment.
blok ''JENTAYU''


and housemate aku?
6 orang semuanyaaaa :D



*pika suadi, aku,hani mokhtar, hani ismail,farah al and zai.


kiteorg semua budak asasi kuantan dulu.
kecuali ZAI.
dia budak asasi shah alam.


harap2 semuanya okay lah.
taknak gaduh or bermasalah.
klau gaduh, aku cepuk semua sekali. ==''


doa aku, supaya semua dapat kerjasama.
kalau tak puas hati,diam2 sudah.
aku akan try kawal uma tu elok2.
semua rules and regulations, kita bincang nnti.


p/s: siaplah korang. aku ni garang :P

Monday, July 23, 2012

mimpi.

assalamualaikum.

guys, tahu tak?
tadi masa rehat time keje,
aku baru je nak lelap.
tiba2, mimpi.


mimpi tu buat aku menggelupur.
terkejut akak ipar aku.
dia ingat aku kena sampuk hantu.
HAHAHA.
sumpah lawak !


tapi,smpai sekarang.
aku masih terpikir apa maksud mimpi tu.
berderau darah aku.


petanda baik ?
atau buruk?

Wednesday, July 11, 2012

pelakon terhebat.

assalamualaikum.



mungkin,
kau lihat dia tersenyum.
dia gembira dgn kehidupannya.
dia bahagia bersama teman2 nya.
dia ketawa apabila angin menyapu lembut ke pipinya.



mungkin,
kau rasa dia paling bertuah.
dia paling senang.
dia tidak pernah terjatuh.



mungkin,
kau anggap dia tak penah sunyi.
selalu meneman kau setiap kali waktu sedih itu kunjung tiba.


mungkin,
kau katakan dia kuat.
kerana dia mampu menasihati semua org yg bermasalah.
kerana dia mampu menghadapi semuanya tanpa rasa gentar.


tapi.
pernah kau tanyakan pada dia?
apakah dia memang kuat?
apakah bila dia bermasalah,semua org ada utknya?
apakah bila dia ketawa,bermakna dia bahagia?
apakah bila dia menunggu,bermakna dia tak terjatuh?
apakah dia tak penat menjaga hati & perasaan yg lain?



dia,pelakon terhebat.
dia, bisa menyembunyikan rahsia hati hanya dgn 1 senyuman.
dia mampu mencari kekuatan walau hakikatnya dia sudah tidak betah bertahan.
dia,rindu dirinya sendiri.

Wednesday, July 4, 2012

tea time !

assalmualaikum.


hye guys ! :)


actually i got nothing to do since i am off today.
i don't go to work.
so,its quite boring !


then, i decided to make some food for tea time ! hehehe.



4.30 pm.
i prepared all the things that needed for making ''mee hoon goreng''
and also. i boiled some water.


4.45 pm.
the things prepared. :)
water boiled already.


then,i started to cook.
i put the mixture of garlic and onion, anchovies, chillies and sauce.
then, i stir them carefully.
then, i put some salt and ajinamoto.
then, i put prawns, small pieces of chicken,carrot and egg.
then, put the mee hoon.


tadaaa ! done already ! :D


then, i further with nescafe.
i put some boiled water into a jug.
put two spoons of nescafe and 5 spoons of milk.
then, its ready to serve.



i had my tea time with my nephew and my sister in law.
phew~ it was a great moment actually.
had a tea time with family, having a chit chat.
laughing together.
wahh~ it is so cooollll XD


hope i can create this moment again.
insyaAllah,amin~

Saturday, June 30, 2012

jomHEBOH

assalamualaikum.


tengah hari yg amat bahang. aku tunggu akak ipar aku balik keje.
pukul 1.30,dia mesej ''akak baru nak balik uma''.
and aku reply ''bawak laju2 sikit''
agak setan ye ayat aku disitu. hihi


then,siap2. lama gila nak bersiap.
pompuan lah katekan.huhu
pukul 2.55 baru gerak keluar uma.
pegi dewan bandaraya tnb,kempas.
anak cikgu KH aku kawin.

sesat ! tak boleh blah.
terpusing2. akhirnya smpai lah 30 mnit,baru jumpa.
hampeh. maera bengang gila. syida pulak dah bontot dah agaknya. haha
makan2. minum.
then aku tak sangka ckgu tu ingat aku lagi.
thanks ckgu jasmin ingat saya ! <3
cikgu teramat cntik hari ni. mak pengantin lah katekan.


then, balik drpd tuh,terus amik syida kat uma.
pegi jomheboh,plaza angsana. again, TRAFFIC JAM !
dodol. banyak pulak kereta hamluk yg aku tak suka.
nasib baik maera pndai cilok2. lagipon,naik kancil :)
senang nak parking. teheee.


pegi sana. nampak adam af.
nampak pelakon 'suri'' tu. ade ''nazri'' dlm cerita beginikah cinta.
nampak kiran hotfm. rmai jugak yg kiteorg nmpak.
ohsemnya lahai jomheboh kali ni.
barang terSANGAT lah murahhhh.


aku beli baju SUPERMAN ! hihi. sama dgn syida and maera.
then,beli wallet. beli air. beli key chain.
beli jam. beli swiss roll, beli mr. potato. beli nutrigen
tak habis 100 pon wehh.
haaa,murah kan ? macam2 aku beli.
tapi duit tak jejak 100. gila murah lah tu mknenye.
aku puas hati ! yesss.


then, jupa along kat sana. nmpak dia mcm tak happy.
tapi biarlah aku je yg tahu kenapa.
:) :) :)


apa2 pon. jomheboh memang ohsem !
lain kali nak pegi lagi ! hehehe.
thanks maera sebab bawak keta . klau takde kau,aku msti tak pegi.
sayang korang,my girlfriends: along,syida,maera.
i love you all <3 <3 <3
may Allah bless u all always.
amin~


alhamdulillah~ kau bagi aku kuat,
alhamdulillah~ aku mmpu lagi berdiri teguh.
kerana engkau.
terima kasih ya Allah.
hati aku semakin sembuh. semoga luka ini sembuh tanpa parutnya.
amin~ :')


p/s : get a life yaya. u can do it :) have faith,trust yourself.

Thursday, June 28, 2012

anak-2

assalamualaikum.



kids: ''ibu,ibu.. nak itu... (sambil tunjuk pada aiskrim)''
me: ''alahh. sayang demam,batuk. ayah tak bagi makan lahh. nanti dah sihat,ibu belikan banyak2,okay? :)''
kids : ''alahh.. taknak lah kawan ibu..(sambil merengek)''
me : ''sayang2..ibu sayang kat anak2 ibu. nanti kalau sakit lagi teruk,siapa nak ketawa2 dengan ibu? nnti ibu ketawa sorang-2 kan tak bestt :(''
kids : ''okayy. tapi janji nnti ibu beli banyak2 eh bila dah sihat?''
me: ''iya sayang..ibu janji. janji harus ditepati :)''
kids : ''muahhh. sayang ibu. :-* ''
me : sayang kamu juga :-* ''


aawwww~ kan bagus klau anak aku mcm ni :) comelnyaaaaa.
in future klau ada anak, aku nak diorang panggil aku ''ibu''.
comel nya nnti dioranggg. awwww~
then, aku nak diorang rapat dgn aku je, tak boleh geng dgn ayah diorang.
HAHAHA. kesian siapa jadi suami aku nnti. :D


#berangan nak anak comel XD


p/s: bakal anak2 ibu semua kena baik2 okayy. kena cukup solat. kena hormat ayah,hormat ibu ye sayang. ibu sayang semua anak2 ibu.
anak2 yg ibu bawak 9 bulan 10 hari dlm perut. jgn nakal2 ye sayang.
semoga ibu dapat tgk awak semua membesar dgn sempurna
semoga ibu dapat teman awk semua time ssh senang,time sdeh,kcewa & gembira :')
i love you,my future kids.


*next post nnti,aku buat utk future husband pulak ok. jyeahhh !

Tuesday, June 26, 2012

if no one will listen

assalamualaikum.

aku bukak2 je FB, ade orang post lagu ni pada aku.
thanks. aku terharu bila dengar lirik dia:


Maybe no one told you
There is strength in your tears
And so you fight to keep from pouring out
But what if you unlock the gate that keeps your secret soul
Do you think there's enough to that you might drown?

If no one will listen
If you decide to speak
If no one is left
Standing after the bombs explode
If no one wants to look at you
For what you really are
I will be here still

No one can tell you where you alone must go
There's no telling what you will find there
And, God, I know the fear that eats away at your bones
Screaming every step, "Just stay here"


If you find your fists are raw and red from beating yourself down
If your legs have given out under the weight
If you find that you've been settling for a world of gray
So you wouldn't have to face down your own hate.


*if no one will listen- kelly clarkson


p/s: aku sayang kau hani. aku tahu kau takkan tinggal aku. kau akan ada dgn aku
even susah or senang. setiap air mata yg jatuh,kau tahu kesakitan aku di tahap mana. terima kasih sayang!

Monday, June 25, 2012

kan bagus kalau..

assalamualaikum.



kan bagus kalau..
aku berhenti menangis.

kan bagus kalau....
aku boleh lupakan dia.


kan bagus kalau....
aku tak teringat lagi kisah lama.



kan bagus kalau...
aku mampu berfikir soal kawin seperti dia.


kan bagus kalau...
aku kuat mcm dulu.


kan bagus kalau...
kau tak dtg balik dlm hidup aku.


kan bagus kalau...
aku simpan rapat2 cerita lama & mulakan helaian baru.



kan bagus kalau...
aku let go semuanya, maafkan kau.


kan bagus kalau....
aku boleh lupakan apa yg terjadi.


kan bagus kalau...
semuanya menjadi ? :)

Saturday, June 23, 2012

kebenaran

assalamualaikum




aku mmberimu nsihat pdahal akulah org yg jtuh tsungkur.
aku mmbuatmu ketawa pdahal akulah yg selalu menangis.
aku membuatmu berhenti menangis padahal sebentar lagi, aku yg akan meraung.
aku menyuruhmu tersenyum padahal aku sendiri terluka.
bagiku, bahagiamu adalah bahagiaku juga.
mungkinkah aku cuma berpura2 ?

p/s: semoga kamu semua mendapat yg terbaik. insyaAllah,amin~ jangan risau. aku masih ada Dia untuk menemaniku.

Monday, May 21, 2012

sampah,,

assalamualaikum.



tersentak dgn kata2 mu.
seolah2 aku tak pernah memahami mu.
seolah2 aku seorang raja yg zalim.


aku faham, aku mengerti.
ya, aku seorang egois.
seorang yg mementingkan diri.
terima kasih kerana mengingatkan itu.



semua yg ku bagi, tak penah aku ungkitkan.
semua yg ku tabur,tak penah ku tuntut kembali.



hati aku yg sedia hancur, semakin berderai umpama debu.
kau yg kusangka keluarga, kau yg ku sangka sahabat tegar melakukan ini.



kau buat aku rasa seperti sampah.
sampah yang sewenang-wenangnya kau buang.
sedikit pon kau tak peduli hati dan perasaan aku.
terima kasih.
terima kasih.


tambah lah lagi kesakitan aku.
tingkatkan lagi kebencian aku.
alhamdulillah~

degree dan master

assalmualaikum



semoga anda semua berada dlm keadaan sihat ye readers semua ! :)



ni ada info sikit bagi yg taktahu.
yg dah tahu tuh, nak tahu lagi pon bolehh.


mesti korang kata ''aik,selalu minah ni post psal sedih je''

woi, memang nak mati lah klau pkir mcm tu.
aku ni walau sengal2 batu,still berguna jugak tauu.hihi



okay,now lets talk about our main point.
just now, aku chatting dgn sorang kakak senior aku.
i told her that i can't pursue my study in law.
sedih kan bunyi nye?


tapi kakak tu kata,
alah,rezeki ada kat mna2 je. nnti smbung lah master in law.


and i was likeee ''wink,wink ! there is still a chance''.
hehehe.
so, kpd kawan2 yg rsa kcewa sbb tak dpat smbung degree law, jgn risauu.
nnti master amik lah law balik ehhh.



yg penting kne sabar.
yelah, u have to wait for 3/4 years before u can take law in master again :)
org yg sabar pasti terima kejayaan.



so,chill ya kawan2.
jangan bersedih. macam2 cara masih ada untuk capai cita2.
1 pintu tertutup, pintu yg lain masih terbuka.

''Allah bersama2 dgn org yg sabar. Dia takkan menguji kamu melebhi daripada kemampuanmu. tadahkan tgn dan berdoa. yakinlah bahawa dia kan mengabulkan permintaan mu''


p/s: entry ni khas utk kawan2 asasi law aku yg tak dpt pursue in BLS. :)

Wednesday, May 9, 2012

selamat hari ibu !

assalamualaikum.



''No language can express the power, and beauty, and heroism, and majesty of a mother's love.
It shrinks not where man cowers, and grows stronger where man faints, and over wastes of worldly fortunes sends
the radiance of its quenchless fidelity like a star'' - Edwin Hubbell Chapin


''The heart of a mother is a deep abyss at the bottom of which you will always find forgiveness'' - Honoré de Balzac


''Mother love is the fuel that enables a normal human being to do the impossible'' - Marion C. Garretty



cuba pikirkan kembali,
berapa banyak tenaga anda habis utk menolong ibu anda?
berapa banyak wang ringgit anda belanjakan utk meringankan beban ibu anda?
berapa banyak masa sudah anda leburkan demi membelai ibu anda?



dan cuba renungkan kembali,
berapa banyak tenaga ibu anda habis semata2 utk mmbesarkan anda?
berapa byak wang ringgit yg telah ibu anda gadaikan demi mmbeli keperluan anda?
berapa byak masa yg sudah ibu anda beri demi anak mereka yg tercinta?



hargai dia sementara dia masih ada.
sayangi dia selagi dia masih mampu membuka mata.
cintai dia selagi masa dan takdir masih mengizinkannya.



ibu adalah permulaan hidup. dia melahirkan dan dia juga yg membesarkan.
tiada dia maka tiada lah kita.
kasih syg ibu paling terbaik.
keberkatan doa ibu paling mujarab.
dan pelukan ibu adalah ubat disaat kesedihan yg melampau.


selamat hari ibu sedunia ! semoga saja Allah memberikan kebahagiaan kepada ibu2 kita.
insyaAllah,amin~~.


kpd arwah mak: adik sayang mak smpai bila2. wlau mak dah tak ada, ksh syg mak ttp dlm ingatan.
tak ada ibu sehebat mak. semoga mak baik2 sahaja di sana. maaf andai diri ini masih belum mampu mnjadi anak yg baik.
maaf andai diri ini masih tersasar drpd landasan. wlau apa pun terjadi, pesan mak masih di ingati.
doa adik sentiasa ada untuk mak. ADIK SAYANG MAK ! :') peluk cium untuk mak, muah-2. *hugs*


Tuesday, March 27, 2012

terina kasih :'')

assalamualaikum.



26/3/2012- isnin.


ada apa dengan tarikh ni ?
tarikh ni, menandakan aku dah bebas. bebas daripada menjadi budak asasi undang2.


teringat kali pertama aku dapat tawaran.

kod pengajian:PI005 (ASASI UNDANG-UNDANG)
tempat pendaftaran: UITM JENGKA
tarikh pendaftaran: 23 MEI 2011
masa: 8.00 AM - 5 P.M



aku melompat bila baca. hampir2 je aku campak PC aku sebab happy sangat.
cita2 aku, memang nak jadi PUAN LAWYER 1 hari nnti.
lawyer dlm bidang jenayah , ataupon hartanah. but,i prefer criminal as my major.



seminggu MDS kat jengka.
rasa mcm sucks gila. but then, bila nak balik, rasa sedih sangat2.
sebab dah tak jumpa akak2 OC lagi.
budak asasi kena pindah kuantan
then, memang betul. sepanjang kat kuantan, aku rindu suasana kat sana.
rindu nak dengar ''pantas siswi,pantas'' drpd OC2 semua.




datang kuantan, semua berpuak2.
TESL dengan TESL, LAW dgn LAW. sedih tengok fenomena ni.
sepatutnya 1 universiti kena saling kerjasama. tapi, nak buat mcm mna,
aku tak ada kuasa nak ubah hati setiap lawrian and teslian.


kat kuantan, mcm2 dilalui.
makan, tidur,ketawa,nangis, semua sama2.
buat assignments mcm nak gila. presentation gelak2.
masa test main payung2 jawapan. tengok movie dlm klas terjerit2.
kadang2, pegi karaoke, tak ingat dunia.
ada yg jatuh cinta antara 1 sama lain.
ada yang cinta ditolak. ada yang malu2 nak terima.
pasal mkanan, ada yg makan maggi sepanjang masa. ada yg suka makan kedai abg2.
ada gak yang suka makan kat kedai fikri.
mna yg berduit lebih, suka makan fast food kat ECM atau MEGA.




bab berjalan, ada 5 tempat paling popular.
EAST COAST MALL, MEGA MALL, TELUK CEMPEDAK, TANJUNG LUMPUR,KUANTAN PARADE.
buat aktiviti banyak kat teluk cempedak.
buat campus day out (CDO) and beach run.
beach run sem 1, aku jadi peserta. beach run sem 2, aku jadi committee.
masa nak plih klas utk sem 2, semua berebut2. ada yg bergaduh2. haha
bila dlm klas ade org baru, rmai yg awkward.
tapi lepas tuh, masing2 rapat sbb dah dikira family.





kalau dipikir2 balik, semuanya kelakar.
and now, semua kena berpisah. ada dugaan yg lagi besar kena lalui.
semua ceritera, semua org terpaksa kenang and simpan.
semua org sedih. tapi, apa guna meratapi perpisahan ?
aku bukan tak sedih, bukan tak sayu. tapi aku percaya pada Allah.
selagi aku berdoa, selagi tu Dia akan jaga org2 yg aku sayang utk aku.
kalau ada rezeki,ada jodoh,insyaAllah Dia akn pertemukan kita kembali.
yang penting, DOA,SABAR and REDHA.



terima kasih uitm kampus kuantan, pahang.
aku pati akan rindu kenangan dan orang2 yang pernah berada di sana.
asasi banyak merubah aku. banyak merubah gaya pemikiran aku.
asasi jugak banyak ajar aku erti kehidupan,persahabatan serta percintaan.
terima kasih atas segalanya.



''setiap pertemuan pasti ada perpisahan''- saya saiko :'')

Sunday, March 25, 2012

pengakhirannya.

assalamualaikum.


asasi dah nak tamat.
aku tiba2 rasa sedih pulak nak tinggalkan bumi kuantan.
nnti mesti dah tak jejak sini lagi :(



haishhhh,
nanti mesti aku rindu.
rindu nak gila2, rindu nak pegi TC, rindu nak pegi klas,jumpa madam2 and sir2 sekalian.
rindu gelak2 dgn classmates, rindu berjimba2 dgn zati and hani.
rindu nak gaduh2 or naik angin kat adek.
alamak~~




mcm mana aku nak elak rindu ni?
nnti masuk degree, suasana dah lain.
yg rapat wktu skrg, msti akan berubah nnti.
tak semua kawan akan stay dgn kita kan ? ;')


aku terima hakikat tuh.
and kau, aku buat keputusan nak beritau hal tu sbb aku tak suka simpan perasaan aku.
sorry kalau kau rasa tak selesa.
but at least, i tried.



korang, nanti klau dah jauh, jgn lupa aku tau.
jgn lupa kenangan kita semua.
aku mintak maaf klau ada salah silap. ade yg aku sengaja, ade yang tak. hihi
ape2 pon, aku doakan yg terbaik buat semua org.
kita berjaya sama2 ok ?




akhir kata, asasi ni lg 1 pengalaman manis aku,
aku belajar cara hidup, belajar kenal erti dunia sbenar,
belajar cara2 menghadapi karenah org lain.
dan yg paling pnting, belajar mencintai apa jua benda hanya kerana Allah.





terima kasih.
asasi banyak merubah aku.
drpd free hair, pada yg permanent pkai tdung.
drpd pkai bju lengan pndek, kpd pkai inner or bju lengan pnjg full cover.
drpd cinta nafsu, kpd cinta krna Allah.
drpd kasar, kpd feminin.
drpd hati batu, kpd hati yg sayu melihat kesusahan org lain.


terima kasih asasi uitm kuantan batch 1993.
korang ttp dlm ingatan aku. :')

Saturday, March 3, 2012

we are okay and will always be ok !

assalamualaikum.


hye guys !
dah berhabuk dah blog aku.


tau knpe tajuk aku mcm tuh?
it is because , lately i am feeling like i am losing someone.
someone who is very important in my life.
someone who always encourage me.
some who i called as my ''soul-mate''.


did u know her ?
some maybe yes, and some maybe no.



erm. it has been a quite long time since i last talk to her.
wow~ i felt like i was abandoned.



i don't know what i am thinking like this.
maybe i am too negative.
till i updated my status in FB,
she commented on it.
she repeated my words- ''"walau jauh mana pun kita nanti, you'll always in my heart''.



i am soooooooo touch ! aww~ :')


i know, we're too busy rite now.
till both of us doen't have enough time to get along together.
perhaps, i am the one who can't understand the situation.


i am sorry, yii
it was my fault.


yes, whenever and wherever u are,
u will always be in my heart.
u will always be my ''soul-mate'' .
FOREVER. i promise u.

Friday, February 24, 2012

stressnya aku.

assalamualaikum.



final dah dekat. and aku ? still mcm ni.
sebok nak melayan perasaan.
patutnye aku tak payah nak sibuk2 kot pasal hal mcm ni.


btw guys, aku tau. lagu blog aku ni agak tak senonoh,haha.
tapi, aku nak cakap. lagu ni aku suke gile.
sape nak condenm, lantak ah.
kesah plak aku. :D


aku nak jadi mcm dlu. sape tak suke, jgn follow blog aku ag okay. hehe.
*gua tak penah complaint blog org lain so, org lain takde hak nak complaint aku punye blog okay !*




sebelum lupa, ni jadual final aku :


Jadual Final Examination PI005/2:

Friday ( 16 Mac ): 2.45PM - 4.45PM -> ECO 099
Monday ( 19 Mac ): 9.00AM - 12.00PM -> LAW 037
Tuesday ( 20 Mac ): 2.15PM - 4.15PM -> CTU 082
Wednesday ( 21 Mac ): 9.00AM - 12.00PM -> LAW 039
Saturday ( 24 Mac ): 9.00AM - 12.00PM -> LAW 087
Monday ( 26 Mac ): 9.00Am - 12.00PM -> LAW 088



awesome tak ? hihi. so, aku kena lah gile study. mungkin kena lebih skit berbanding sem lepas.
sbb sem ni tough gile. so, i'm gonna gone trough it and make it damn awesome.
pray for me guys ! :)



''u will never win,trust me''-yaya a.k.a zura
-orange1407-

Monday, February 20, 2012

dingin,

assalamualaikum.



mula2, semuanya okay.
sbb awal2 masuk sem ni kau kata kat kiteorg ''aku nak jauhkan diri drpd diorang''
then now, what happen ?
kau makin rapat ngn diorang. kau join diorang g mna2.
mna pegi janji manis kau weh?


then, kau bergaduh dgn dia psal bersihkan uma.
kau berkira kan? hhm.
kau tau tak. aku and dia selalu bersihkan the whole area of the house.
kiteorg tak bunyi pon. time kau, semua kau bunyi. semua kau beta.



apa ah salah kiteorg kat kau ?
memang,dia tak pndai tegur org. tapi kau kena tau.
dia dah lama sabar dgn kau. tahan dgn kau.
and tak sangka hari yg aku balik, dia text aku.
dia kata dia gduh ngn kau.


kau tau tak? dia concern gila dgn kau.
dia menyesal gila tengking kau. and kau? still dgn ego kau.

kiteorg try guide kau. try nak tlg kau.
try nak bg kau independent. try taknak pampered kan kau lagi.
tapi, mungkin cra kiteorg salah kot. and thts why,kau makin jauh.
it doesn't matter my dear. kau pon ade hak kn?
so,thts why we gave it back to you.
buatlah apa kau nak buat. kiteorg takkan campur lagi.
bukan apa, cuma kiteorg taknak kau rasa terkongkong.



we are so sorry ok. tapi, ape pon jadi,kiteorg takde niat nak sisihkan kau.
semuanya dingin lepas insiden tu. kita masing2 tak bercakap.
aku rasa bilik kita mcm sumenye mayat hidup.
tak happy mcm tuh. like seriously, i miss our ''old spirit'' .
rindu nak gelak2 . rindu nak mekak2. rindu nak nyanyi2, tgk movie .



tapi,mungkin ni waktu puncak utk kita semua kot.
since asasi dah nak habis. so, nnti takde lah msing2 rsa sedih sgt nak pisah kan?
mungkin ada baiknya kita semua mcm ni.
walau aku sedih. aku still sayang kau. still lagi amik tau hal kau.
aku still anggap kau ''adek'' aku. forever. aku takkan lupa sape kau dalam hidup aku.
i promise you. :')

Wednesday, February 15, 2012

broken inside.

assalamualaikum.



hey there. u know what ? it is not only u who is hurting inside.
dont u ever forget about me and my heart.


i am who i am. and this is who i am.
dont u ever dare to stop me from being myself.



u dont know me well.
i know myself more than u know me.


stop from provoking me please.
it is useless if we are still continue with our relationship if my heart is not for u.
i am so sorry. so sorry.
i dont meant to hurt you.


go away, and find your own path , your own happiness.
let me be alone. its okay. i am always okayy.


dont worry. time will heals everything.
i wish u all the best. i still wanna call u as my friend
and i am always concern with my friend.



it is up to u to judge whoever i am.
it is none of my business anymore.
take care and stay safe.
goodbye.

Thursday, February 9, 2012

puisi #2

assalamualaikum.



cinta itu buta.
ia mampu membutakan seluruh manusia.


cinta itu hebat.
ia mampu menjatuhkan yg kaya, juga mampu membangunkan yg tidak seberapa.



cinta itu leceh.
harus berdepan dengan soal hati dan perasaan


cinta itu indah.
hanya apabila ianya benar2 ikhlas, benar2 tulus.



cinta itu membunuh.
sekiranya dendam dan ketidakjujuran menyelubungi.



cinta.
mmpu mewujudkan segalanya.
daripada tiada mnjadi ada.

Wednesday, February 8, 2012

rindu.

assalamualaikum.


rindu itu, masih ada.
tidak berganjak. walau sedikit pun.


kerna apa?
kerna rasa itu masih terkubur layu.
rasa itu masih terbiar basi.


kau tahu apa perbezaan antara pasrah dan redha?

pasrah itu apabila hati tidak rela akan sesuatu tetapi TERPAKSA.
redha itu apabila hati rela akan sesuatu serta TIDAK TERPAKSA.



benar, aku jahat.
benar,aku kejam.
benar,aku zalim.


tapi masihkah kau ingat siapa yg merubah aku menjadi seperti ini?


engkau.
ya, engkau orangnya.


dan kau perlu tahu.


rindu itu akan masih kekal disitu.
kekal menyelubungi hati dan perasaan ku.
kekal menyelaputi siang dan malamku.

Saturday, January 28, 2012

BASKETBALL

assalamualaikum.


teheee. hari ni buat pertma kalinya aku main basketball wehh.
bangga siakk.
slama 19 taun aku idup ni, tak penah aku pegang pon bola basketball tu.
tp hari ni, aku pegang, main baling2. hahaha.


team aku : yaya, along and capak.

main 3 on 3. haha. lawak wehh.
masing2 zero. tkde basic lnsung pon psal game ni.


jum tgk court basketball :




awesoem kan? hihi. tp,kiteorg just gune apart je from the court. tak guna penuh.


mase husein bagi briefing, kiteorg sume terkebil2 sbb tak pham.
lawak siakkk. and mule lah terpikir dlm pale otak aku skill2 ni:




haaa, tu diaaa. gempak an? haha. ini ape yg aku byangkan je.


tapi akhirnya dia jadi game ni :



TADAAAAAA ! NETBALL plak jadinye. hihi. basketball transform into netball. :D



1st game, lwan ngn team zati. menang.
2nd, lwan ngn tesl D. - KALAH
3rd , lwan ngn team zati balik. -KALAH
4th , lwan dgn tesl D balik.- KALAH


hahaha. 1 game je mnang. itu pon kiteorg gune skill netball.
gile kentang kan?
but,kire nice jugak lah kan sbb MENANG 1st game tuh.
main bdoh2 je dah mnang. siap gelak2 ag. hik hok !


wlaupon tak msuk quarter, its okayy lah kott.
main pun suke2 je. at least kiteorg tmbah knowledge psal game ni.



thanks to all my team members. :)
especially along yg smpai kaki injurt. org main lari2, kau main dduk bersimpuh lak dlm court. hihi.
capak pulak, the best shooter ! yeayhh. hihi. shoot smbil ballet.
aku? haha. tukang smbut bola n tukang baling bola. :P



*everybody comes with zero. but come back home with a lot of enjoyment and knowledge.

puisi #1

assalamualaikum.




sememangnya aku,
tidak sesuci ainul mardhiah.


sememangnya aku,
tidak sebersih isteri2 Rasulullah.


sememangnya aku,
tidak selembut dan sesopan sumaiyyah.



tetapi...



aku punyai hati yang tulus ikhlas untuk berubah.



berubah kearah cahaya,
berubah ke arah kebaikan.,
berubah ke arah jalan menuju JANNAH yg abadi.




created by: saya_saiko.





#setiap perbuatan dimulakan dgn niat. insyaAllah,amin~

Sunday, January 15, 2012

PENGGUNAAN BAUCER

assalamualaikum.





kwan-2 semua dah dapat ke BAUCER BANTUAN PELAJARAN BAJET 2012 ?

by the way, fakulti aku dah dpat baucer tuh.
alhamdulillah~ RM200 setiap sorang.


sebagai langkah bijak, aku and the gang pon, cepat2 pegi POPULAR.
mule2, pkai rm50 je kat since kiteorg tak boleh beli selain drpd ''bahan ilmiah'' kat sini.


then,esoknya, kiteorg serbu PUSTAKA SAUJANA at kuantan parade pulak.
kat sni, sume bnde yg ade dlm kdai ni,boleh plih.
ape lagi,rambang mata lah semuanya. haha


TAPI !
korang akan rasa terseksa sbb korang kena beli barang cukup dgn harga baucer tuh.
tak boleh terlebih,tak boleh terkurang.
haha. pening kepala siakk nak cukupkan harga time tuhh ==''


okay, now jom tgk brang-2 yg aku beli ok :)




Brang borong drpd PUSTAKA SAUJANA - RM100




brang borong drpd POPULAR - RM50


okay, sekarang kita divide ikot kategori okay !



alat tulis . pen and bla,bla bla.




kamus yg mungkin berguna. since MUET band 3 je. hihi



novel,buku motivasi and buku cerita. boleh baca time bosan-2 kan :p



test pad and file . senang nak buat nota and simpan nota. pkai sistem ''do-and-keep'' :D




yg ni paling penting. buku keagamaan sikit. hihi. as my guidance to be a better girl. insyaAllah. Amin~



so, mcm tu lah caranya aku dan kawan-2 fakulti aku spent baucer tu.
bijak atau tidak ? terpulang pada yg menilainya.

Wednesday, January 11, 2012

RESULT MUET

assalamualaikum





okayy guys.
korang rse aku dpt brape?
band 6? wahhh. alhamdulillah lah kan ! haha



tak,tak. hm~
once dah pkul 12 lbeh,aku trus cek result aku.
biasenye,org tggu smpai kol 12 sbb nak wish besday or nak count down kan?
aku and anggota platun aku yg lain ni, beza plak citernye.


masing2 excited nak tgk result.
mule2 aku bce status diorang sume kat twitter.
byk yg ''alhamdulillah'' . but somehow,ade gak yg mngeluh.



then tetibe,uma dpn aku ni mnjerit2 mcm histeria. and aku agak je lah.
mungkin eh. mungkin mreka dpat band 4.


aku pon slow2 check. errr.
cepat je dpat msej.
aku bukak .
and then..


hhmm. kecewa weh.


BAND 3


nak further in law studies,kne band 4. alamatnye,aku kne repeat ag lah.
malunyaaa wehhh.
siyes aku maluuu.



but at least, aku try the best. aku dah buat part aku.
so,tkpe. jgn givup.
aku repeat ag bln 3 nnti. insyaAllah, nasib mnyebelahi aku.



p/s: kpd kwn2 aku yg kne repeat,mai lah repeat berjemaah ehh. kite try lagi same2.
kite jgn givup. ade 2 lagi pluang. so,gunakan. jgn patah balik.
kne habiskan gak journey neh.






'' la tahzan . sesungguhnya Allah selalu bersama orang2 yg sabar. Allah takkan sia2kan hati yg berharap. Allah takkan menguji hambanya melebihi kekuatan hamba itu sendiri''