Friday, August 31, 2012

jealous.

assalamaualaikum.



rasa gembira bila tgk ada akak2 and abang2 senior yg dah nak kawin.
tambah gembira lagi bila tgk kawan2 aku naik pelamin.
rasa mcm syok je kan ?


aku ni?
bilalah lagi kan. huhu
mengharap bulan jatuh ke riba.
tapi,mungkin jugak bakal suami aku tengah usaha keras utk aku.
hihi. *perasan kejap* :P


jealous sebenarnya bila ramai org sekeliling dah jumpa soulmate.
aku jugak yg masih tertanya2 mana lah soulmate aku skrg ni.
sihat ke dia?
happy ke dia?
awakkk. cepat2lah datang minang saya.
jadi imam saya.
guide saya .
and saya akan jadi yg terbaik utk awak.


awak pon skrg msti tengah tertanya2 kan siapa wife awk nnti?
tapi,siapa pon awak, saya terima seadanya okay.


cepat2 dtg tau.
saya jealous tgk mereka semua. ==''
so,awk kne minang saya jugak. hihi.
tapi,let me finish my degree and master 1st. :P

Thursday, August 16, 2012

selamat hari raya ! raya ! raya !

assalamualaikum.


hari raya adalah hari menyambut kemenangan.
kita menang setelah sebulan berpuasa. :)
kita menang melawan nafsu.
kita menang menahan marah, memupuk sabar.
kita menang dalam melalui dugaan2 yg hebat.
kita menang dlm segalanya.


dan kita digalakkan menyambut hari kemenangan ni dgn perasaan gembira.
yelah. gembira itu perlu apabila menang.
pulak tu disambut bersama family yg tercinta.
bersama kawan2 tersayang. mahupun bersama kekasih yg dikasihi.


berserta dgn baju raya yg berwarna warni,
kasut yg mungkin ber blink2, bertumit tinggi.
tudung berlilit, bermacam gaya.
beg2 yg hebat, berkilau.


konklusinya, segalanya superb meriah bukan?
ya, itu raya yg biasa. raya yg semua org alami.
tapi jgn lupa.
ada kelompok kecil yg mngkin tak sebegtu indah rayanya.
dan sebab itu, kita patot bersedekah kpd mereka.
kerana mereka juga berhak beraya dan bergembira.


dihari raya, meminta maaf dan memberi maaf adalah fenomena biasa.
yg muda bersalam dgn yg tua.
yg tua memberikan duit raya. wahh, indah sungguh perayaan kita ni kan?
bangga menjadi umat islam, mnjadi masyarakat melayu yg penuh dgn adat.
menjadi sebahagian drpd rakyat msia yg penuh dgn kemesraan.


maka, berbanggalah kamu menjadi diri kamu.
setiap mnusia itu istimewa.
Allah ciptakan kelebihan dan kekurangan agar kia saling melegkapi.
alhamdulilah~ kita masih mampu berjumpa dgn ramadhan.
dan bersyukurlah kerana kita juga masih mampu menyambut raya.



dihari raya,
pastikan diri masih terjaga.
mercun dumdam-dumdam tu jangan main klau rasa perisai tak ckup kukuh.
balik kg, servis kereta. jangan laju2. takkan lari kampung tu.
mintak maaf pada semua org. bergembira walau apa yg terjadi.


semoga keindahan ini milik kita semua.
insyaAllah~

Wednesday, August 8, 2012

ketenangan.

assalamualaikum.



sekian lama.
aku jumpa jugak tenang tu dimana.

betul kata ustaz.
kita akan tenang bila baca kalam Allah.

sekarang,aku dampingkan Al-quran dgn aku.
aku baca apa yg Allah kata.
aku try selami apa yg Allah nak smpaikan pd manusia mcm aku.


terkadang aku rasa resah kembali,
yasin aku amik.
kata ustaz,ustazah and makcik ngaji,
''YASIN ITU HATI AL-QURAN. KALAU TAK TENANG,BACA SEDIH,BACA. NAK LULUS PERIKSA,BACA. NAK ITU,NAK INI, BACA YASIN.''


ye,itu yg aku buat skrg.
kehilangan lelaki yg aku cinta buat aku mcm ni.
makin dekat dgn Allah.
makin dekat dgn Al-quran.


ini tak tipu.
ini benar.
memang patut Allah amik dia drpd aku.
sbb aku lebihkan cnta manusia drpd Allah.
aku lalai, aku lupa.
masyaAllah.


indah betul kasih syg Allah.
sampai aku rasa, dunia sedang memotivasikan diri aku.


guys,kalau korang sedih,
dibuang family, ditinggal kekasih, bercerai laki bini,
kematian kawan atau apa jua yg datang,
ingat.
balik semula pada Allah.
Dia tahu apa yg terbaik buat hambaNya.


Allah sentiasa ada utk kita.
mungkin lambat kita nak bangkit semula.
kita boleh je pakai bomoh atau kuasa lain utk pulihkan diri kita.
tapi bak kata akak ipar aku
''sampai bila nak bergantung dgn manusia? manusia boleh mati. lagipon,efeknye sekejap je''


haaa, kan?
nampak tak?
kalau kita mntak tlg dgn Allah, aku mengaku.
lambat sikit kita nak bangkit semuLa.
but at least,kebangkitan kita tu akan kekal lama.
kerana bersandarkan pada Allah.



kawan2,
jangan lari drpd Allah.
sbb kelak korang akan rugi.
ketenangan hanya ada apabila kita ingat pada Allah. :')


#mintak lah pada Allah.Dia sentiasa mendengar. tidak mengantuk. tidak tidur. dan tidak mati.

Thursday, August 2, 2012

yg indah

assalamualaikum.


maka sesungguhnya,ciptaan Allah itu indah.

maka pandang lah langit
pandang lah tumbuhan.
pandanglah malam yg berbintang.
kau akan merasa tenang.


Allah tidak mencipta bumi ini utk yg sia2.


bila hati terluka, ubatnya hanya 1.
ciptaan Allah yg indah.
iaitu ''alam semesta'' :)