Wednesday, August 8, 2012

ketenangan.

assalamualaikum.



sekian lama.
aku jumpa jugak tenang tu dimana.

betul kata ustaz.
kita akan tenang bila baca kalam Allah.

sekarang,aku dampingkan Al-quran dgn aku.
aku baca apa yg Allah kata.
aku try selami apa yg Allah nak smpaikan pd manusia mcm aku.


terkadang aku rasa resah kembali,
yasin aku amik.
kata ustaz,ustazah and makcik ngaji,
''YASIN ITU HATI AL-QURAN. KALAU TAK TENANG,BACA SEDIH,BACA. NAK LULUS PERIKSA,BACA. NAK ITU,NAK INI, BACA YASIN.''


ye,itu yg aku buat skrg.
kehilangan lelaki yg aku cinta buat aku mcm ni.
makin dekat dgn Allah.
makin dekat dgn Al-quran.


ini tak tipu.
ini benar.
memang patut Allah amik dia drpd aku.
sbb aku lebihkan cnta manusia drpd Allah.
aku lalai, aku lupa.
masyaAllah.


indah betul kasih syg Allah.
sampai aku rasa, dunia sedang memotivasikan diri aku.


guys,kalau korang sedih,
dibuang family, ditinggal kekasih, bercerai laki bini,
kematian kawan atau apa jua yg datang,
ingat.
balik semula pada Allah.
Dia tahu apa yg terbaik buat hambaNya.


Allah sentiasa ada utk kita.
mungkin lambat kita nak bangkit semula.
kita boleh je pakai bomoh atau kuasa lain utk pulihkan diri kita.
tapi bak kata akak ipar aku
''sampai bila nak bergantung dgn manusia? manusia boleh mati. lagipon,efeknye sekejap je''


haaa, kan?
nampak tak?
kalau kita mntak tlg dgn Allah, aku mengaku.
lambat sikit kita nak bangkit semuLa.
but at least,kebangkitan kita tu akan kekal lama.
kerana bersandarkan pada Allah.



kawan2,
jangan lari drpd Allah.
sbb kelak korang akan rugi.
ketenangan hanya ada apabila kita ingat pada Allah. :')


#mintak lah pada Allah.Dia sentiasa mendengar. tidak mengantuk. tidak tidur. dan tidak mati.

No comments:

Post a Comment

thanks for reading this trash. :)